H.U.S.N.U.Z.O.N

Dear INTRAVENOUS AND ORAL FLUID,


 In the name of ALLAH, the Most Beneficent, the Most Merciful

HUSNUZON

ISLAM is RARE.

~HABLUMINALLAH HABLUMINNAS~

“Manusia akan sentiasa ditimpa masalah, ditimpa kecelakaan selagi mana dia tidak menjaga hubungan dia dengan Allah dan juga hubungan dia dengan manusia”

Bukan sahaja kita diajar untuk menjaga hubungan dengan Allah tetapi diajar juga menjaga hubungan dengan manusia
Tidak guna sentiasa ONLINE dengan Allah
tetapi OFFLINE dengan manusia

PENTING HUBUNGAN DENGAN MANUSIA?

3 Makam ukhwah Hasan Al-Banna menurut Asy – Syahid
Al- Itsar :mengutamakan sahabat yang lain
Musawah : sama rata
Salamatus Sadr : berlapang dada – HUSNUZON

APA ITU HUSNUZON?




HUSNU = BAIK ZON = SANGKA
HUSNUZON :
BAIK SANGKA, SANGKAAN YANG BAIK, MELIHAT DARI SISI YANG BAIK

“ Wahai orang- orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah doa.”
AL-HUJURAT AYAT 12


3 JENIS HUSNUZON

1. HUSNUZON DENGAN ALLAH S.W.T


Kita selalu berdoa kepada Allah.
Dan kadangkala doa kita itu tidak dimakbulkan setelah sekian lama.
Dengan bersangka buruk kepada Allah, kita pun kata :
“Malaslah nak doa lagi. Bukan Allah makbulkan”. Kita terus putus asa.
Tetapi, jika kita husnuzon kepada Allah, kita akan kata :
“Allah tak makbulkan doa aku bukan bermakna Allah tak sayang dekat aku.
Cuma Allah ada perancangan yang lebih baik daripada perancangan aku”

2. HUSNUZON PADA DIRI SENDIRI


Sesekali kita gagal, Kita terus menyalahkan nasib diri.
“Aku memang nasib malang.Aku memang ditakdirkan untuk gagal.”
Padahal, Allah beri kita kegagalan supaya kita kuat dan lebih semangat untuk kali kedua ketiga dan seterusnya. Allah mahu melihat bagaimana kita bangkit berusaha melawan kegagalan.

3. HUSNUZON KEPADA KAWAN,JIRAN DAN SAUDARA

Sebagai contoh, kita melihat situasi :

Tok Imam jemur kain
BERSANGKA BURUK: Tok Imam kena queen control lah tu, takut bini.
BERSANGKA BAIK: Tok Imam melayan isterinya seperti para ulama melayan isteri mereka.

TRAIN YOUR MIND TO SEE THE GOOD IN EVER SITUATION

“Jika engkau bertemu dengan seseorang, Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik “
SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

Bila kita melihat orang lain, kita hendaklah  fikir yang orang lain lebih baik daripada kita.


Bila kita melihat kanak – kanak, kita hendaklah fikir yang kanak-kanak itu lebih baik dari kita  sebabnya mereka tidak punya banyak dosa dan dijanjikan syurga bila mana meninggal.


Bila kita melihat orang tua, kita hendaklah berfikir yang orang tua itu lebih baik daripada kita sebabnya mereka hidup lebih lama  dan lebih lama beribadat  daripada kita.


Bila kita melihat orang ilmuwan, kita hendaklah berfikir yang orang ilmuwan itu lebih baik daripada kita sebabnya mereka mempunyai lebih banyak ilmu daripada kita.
Bila kita melihat orang bodoh, kita hendaklah berfikir yang orang bodoh itu lebih baik daripada kita sebabnya mereka buat kesilapan atas kebodohan mereka bukan seperti kita punya ilmu tetapi melakukan kesilapan.

HUSNUZON – SIRAH NABI

Hadith Rasulullah S.A.W : riwayat hadis Al-Bukhari dan Muslim
“ Jangan sesekali kamu ada bersangka buruk kerana sesungguhnya
bersangka buruk ini adalah lintasan hati yang tidak betul"

KISAH AISYAH R.A DIFITNAH


Kisah ini bermula ketika angkatan tentera Islam bergerak pulang dari perang Bani ke Kota Madinah. Rasullulah S.A.W dan sahabat berehat kerana terlalu letih. Dan ketika itu, Saidatina Aisyah keluar untuk berhadas kecil tanpa memberitahu sesiapapun. Ketika sebelum kembali ke rombongan Rasullulah, Saidatina Aisyah mencari kalung maniknya yang tercicir. Apabila kembali ke rombongan, didapati rombongan telah pergi meninggalkannya.Namun, Saidatina Aisyah tidak berputus asa dan berharap rombongan suaminya akan datang mencarinya. Ketika menunggu, Saidatina Aisyah tertidur. Menjelang subuh, tiba –tiba dating seorang sahabat yang ditugaskan sebagai peninjau, Safwan Mu'attal as-Sulami. Safwan mendekati Saidatina Aisyah yang sedang terbaring menyelubungi seluruh badannya. Safwan merasa terkejut dan hairan melihat Saidatina Aisyah yang tidur seorang diri tanpa berkata apa –apa hanya “ Innalillahi wainna illahi rajiun” Tujuannya supaya Saidatina Aisyah terjaga. Safwan menarik unta itu dengan cepat untuk mengejar angkatan tentera islam sebelum memasuki kota Madinah. Pada mulanya mereka tidak merasa apa-apa kerana hati mereka ikhlas dan Rasullulah tidak memikirkan perkara yang bukan –bukan terhadap isterinya sehinggalah peristiwa itu diperkatakan oleh kaum munafik, Abdullah bin Ubai. Berikutan peristiwa itu selama sebulan dan selama sebulan itulah Saidatina Aisyah berduka cita. Rasullulah S.A.W amat sedih memikirkan perkara yang sedang menimpa isterinya. Wahyu belum diturunkan untuk menjelaskan perkara sebenar. Namun, baginda yakin isterinya tidak melakukannya . Akhirnya, kesucian Saidatina Aisyah benar-benar terserlah setelah Allah membersihkan nama Aisyah dengan turunnya wahyu Allah.
SURAH AN-NUR AYAT 11-26

HUSNUZON- SURAH AN NUR AYAT 12

 “ Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang –orang) mereka sendiri. Dan berkata : Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.”




BY : TAZKIRAH MALAM JUMAAT ASTRO
All good thing comes from Allah, and all the bad thing comes from myself


STRIVE FOR JANNAH

MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS

Comments

Popular posts from this blog

~ M.A.T.I. I.T.U. P.A.S.T.I ~

MY GOAL ~ JANNAH