~ Dimana Dia Dihatiku ~
dear PRAECORDIUM,
"Demikianlah (perintah Allah).Dan barang siapa
yang mengagungkan syiar-syiar Allah (tanda-tanda kebesaran
Allah ) maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati."
SURAH AL-HAJJ
[ ayat 32]
# tiada yang lebih besar dari tanda- tanda kebesaran ALLAH
selepas AL-QURAN melainkan baginda RASULULLAH S.A.W #
DIA
seorang manusia yang sempurna,
dan tidak ada manusia lain
yang lebih sempurna selain DIA
DIA
kekasih ALLAH yang amat
menyayangi umatnya
kekasih ALLAH yang sentiasa mendoakan
keampunan bagi umatnya
SURAH AL-HADID
[Ayat 16]
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk khusyuk mengingati Allah dan
mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka dan janganlah mereka (berlaku) seperti
orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang
sehingga hati mereka menjadi keras "
wahai umat
NABI MUHAMMAD S.A.W,
janganlah kita seperti mereka,
mereka jauh dengan nabi mereka,
seperti firman ALLAH, maka keraslah hati mereka
kita sepatutnya malu dengan diri kita sendiri
kita dekat dengan orang lain
lebih dari kita dekat dengan DIA
tapi kita terus jauh dengan DIA
RENUNGKAN WAHAI
UMAT RASULULLAH S.A.W
tanya diri kita, muhasabah diri kita balik
" benda apa yang ada pada
sekeliling kita yang buat kita mengingati
RASULULLAH S.A.W?"
kita semakin jauh dari DIA
kita semakin lupa pada DIA
kita semakin sibuk bercerita tentang artis itu artis ini
tapi kita tak pernah sibuk bercerita tentang NABI
kita bangga jadikan seorang artis
atau seorang ahli politik atau
seorang peniaga yang berjaya sebagai idola kita,
tapi kita tak pernah nk rasa bangga atau
tak pernah terlintas pun nk jadikan RASULULLAH s
ebagai idola sedangkan baginda lah merupakan
insan manusia yang perlu dicontohi oleh umatnya
RASULULLAH
tetap sentiasa berdoa kepada ALLAH
agar mengampunkan dosa -dosa umatnya
hal ini diceritakan diriwayatkan hadis bukhari
" setiap hari isnin dan khamis, malaikat akan membentangkan
kepada RASULULLAH mengenai umatnya
jika umatnya melakukan kebaikan, baginda memanjatkan kesyukuran dan
mendoakan kebaikan dan jika umatnya melakukan kesilapan,maka baginda berdoa kepada ALLAH
agar mengampunkan dosa umatnya"
wahai umat akhir zaman,
RASULULLAH begitu mencintai
umatnya iaitu kita,
kenapa kita tidak mencintainya
seperti mana DIA mencintai kita
" seminggu sebelum kewafatan NABI MUHAMMAD S.A.W, baginda membuat pengumuman bahawa sesiapa yang baginda ada hutang dengan dia, atau sesiapa yang pernah baginda melukakan hatinya, tuntut dengan aku pada hari ini. tidak ada seorang pun yang tuntut melainkan ada seorang yang menuntut,orang lain marah kepada orang itu dengan baginda pun nk berkira tetapi baginda seorang yang gentlemen, baginda kata tidak mengapa itu hak dia, bagi sahaja . Ada seorang lagi datang menuntut kepada baginda dia kata baginda pernah memukul dia, dan baginda pun menyuruh lelaki itu memukulnya, lelaki itu berkata lagi : dulu baginda memukulnya menggunakan cemeti dan pukul pada tubuhnya tanpa baju lalu,baginda pun membuka bajunya dan menyuruh lelaki itu memukulnya,saat lelaki itu mahu mengayunkan cemeti itu,dan tetiba lelaki itu melepaskan cemeti itu dari genggaman tangan nya, dia terus pergi memeluk baginda dan menguncup perut baginda. Lelaki itu berkata : mana gamaknya aku mahu memukul baginda, aku buat begini kerana mana-mana tubuh yang sentuh juzuk tubuh baginda, pasti tidak akan disentuh api neraka. Aku takut bila esok kamu telah tiada, aku hidup terkontang -kanting, aku tak tahu aku boleh masuk syurga atau tidak, tapi kerna aku telah menguncup kamu macam ni, aku yakin insyaALLAH, aku masuk syurga "
MORAL OF STORY :
sampai macam tu sekali mereka
kenal pada RASULULLAH,
tapi kita?
mereka tahu kebolehan RASULULLAH
tapi kita?
DI MANA DIA DIHATI KITA?
AKHIR KALAM,
muhasabah diri kita balik
renungkan balik apa yang kita buat untuk kita kata
yang kita mencintai RASULULLAH, kekasih ALLAH
perbanyakkan selawat kepada baginda
Wallahu a'lam
Wallahu a'lam
sumber : ceramah dari ustaz don daniyal sempena maulidul rasul
~ MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS ~
Comments
Post a Comment