~ SANG PENCINTA ~


dear PEMILIK CINTA,

In the name of ALLAH, the Most Beneficent, the Most Merciful




CINTA
apa itu cinta?
apa itu definisi cinta?


bila bicara soal cinta,
ada yang berkata
cinta itu indah, cinta itu manis
dan ada juga yang berkata
cinta itu salah, cinta itu haram
benarkah itu cinta?

CINTA

satu rasa
yang boleh membuatkn seseorang itu gembira atau berduka
lupa atau leka
yang boleh membuatkan seseorang itu mulia atau hina

cinta itu kuat,
sampaikan orang yang imannya tinggi
kadangkala kecundang kerana cinta
inikan pula kita,
yang iman hanya senipis hirisan bawang
salahkah kita bercinta?
berdosakah kita bercinta
tidak salah untuk bercinta,
tapi bercintalah pada yang pasti
jangan salahkan cinta, cinta itu fitrah manusia
semua orang merasai cinta
semua orang ingin bercinta
tetapi
adakah cinta kita itu cinta pada syurga
atau cinta kita itu cinta pada neraka
tepuk dada, tanya hati

dear brothers and sister,

ada orang berkata
kami bercinta kerana ALLAH
kami berkasih sayang kerana ALLAH
memang tidak salah bercinta kerana ALLAH
tetapi benarkah kita bercinta kerana ALLAH
jika benar kita bercinta kerana ALLAH
kenapa kita biarkan diri kita bergelumang dengan DOSA
adakah cinta kerana ALLAH itu cukup hanya
sekadar waktu solat dijaga, puasa bersama-sama
jika benar ianya cinta,
mengapa kita masih diburu dosa
jika benar ianya cinta,
mengapa kita lupa pada sang pencipta
jika benar ianya cinta,
mengapa kita lupa pada tanggungjawab kita


dear PEMILIK CINTA,


Pada suatu hari, A berkata pada B :

"awak, saya cintakan awak"

dan B pun menjawab :

" kalau awak cintakan saya,
carilah dulu cinta ALLAH,
kalau awak mahukan rindu saya,
rindulah dulu pada ALLAH,
kalau awak mahu sayang saya,
sayangilah AGAMA lebih dari diri saya "

indahnya cinta itu jika cinta itu kita sandarkan pada yang pasti


ALLAH lah yang memegang hati-hati kita, DIA jugalah yang memberikan rasa cinta
maka selayaknya, DIAlah yang kita cintai dulu

kenapa kita hinakan cinta indah itu dengan maksiat?
kenapa kita hinakan cinta indah itu dengan keluar berdua-duaan?
kenapa kita hinakan cinta indah itu dengan bercuti berdua-duaan?
sedangkan cinta itu suci, kenapa kita mengotorinya

memang benar kata orang,
cinta itu buta
buta dengan keseronokan sampai lupa hukum agama
cinta itu pekak
pekak dengan kata-kata manis cinta
cinta itu mati
mati dengan lupa pada illahi

dear brothers and sisters,

kolotkah kita jika kita tiada siapa-siapa?
hinakah kita jika tiada orang mahukan kita?
banggakah kita jika kita boleh menghitung hari kita sudah bercinta bersamanya?
hebatkah kita jika kita boleh menghabiskan masa kita bersamanya?


sebelum kita mencari cinta manusia, carilah dulu cinta ALLAH
jangan kita terlalu mengejar cinta sesama manusia sehingga
 kita terlupa adanya cinta ALLAH di antara cinta manusia 


"sesungguhnya orang yang beriman itu mencintai ALLAH lebih dari segalanya"
SURAH AL BAQARAH : ayat 165

"jangan kamu mencintai mereka yang mampu meninggalkan ALLAH,
kerana mereka juga mampu meninggalkan kamu"

akhir kalam,

fahamilah doa SYED QUTB ini,

Bismillahirrahmanirrahim, 

" jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku kepada orang yang mencintaiMU, agar bertambah cintaku pada MU,jika aku rindu, rindukanlah aku pada hambaMU yang rindukan syahid di jalanMU
jika hambaMU ini jatuh hati, jatuhkan hati ini kepada orang yang menjaga hubungan denganMU ya ALLAH supaya hati ini tidak mati "

HAYATILAH ERTI 
"CINTA"  yang sebenar :

Carilah kamu cinta ALLAH
Isikanlah hatimu dengan cinta pada RASULULLAH
Nikmatnya tidak terhingga akan cinta pada ALLAH dan RASULNYA
Tiada yang lebih tinggi nilai cinta selain nilai cinta pada ALLAH
Amatlah rugi orang yang mencintai manusia lebih daripada mencintai ALLAH

source : all this may in AL-QURAN or  HADITH RASULULLAH S.A.W
but im not sure which verse for all that i'm wrote
all good thing comes from ALLAH, and all the bad thing comes from myself

MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS 

Comments

Popular posts from this blog

~ M.A.T.I. I.T.U. P.A.S.T.I ~

MY GOAL ~ JANNAH