~ CINTA PENUH PENGORBANAN ~


dear MOM AND DAD, 

In the name of ALLAH, the Most Beneficent, the Most Merciful


CINTA mereka cinta tanpa syarat
CINTA mereka cinta tidak harap dibalas
CINTA mereka tiada pengakhiran
itulah CINTA dan KASIH SAYANG 
insan yang bergelar IBU dan BAPA

Masih segar dalam ingatan tatkala diri ini kerap kali menguris hati mama
masih segar dalam diri ini tatkala diri ini selalu menyakiti hati ayah
saat diri ini terus menerus MENYAKITI hati mereka
tetapi terus menerus juga mereka MEMAAFKAN diri ini
mereka itulah INSAN SPECIAL yang LUAR BIASA,
MAMA dan AYAH

hari ini kita mampu berdiri di atas kaki sendiri
adakah kita mula lupa asal usul diri ini
cinta mereka cinta yang ikhlas suci
cinta penuh pengorbanan
oleh itu, ALLAH telah mengangkatkan darjat mereka dengan meletakkan
syarat supaya anak- anak beradab dan berakhlak dengan mereka
buat baik kepada ibu bapa, kabulkan permintaan mereka,
 jangan pernah mengkhianati kepercayaan mereka
jangan  kamu membentak kedua ibu bapa kita,
jangan pernah mengatakan perkataan yang menyakiti hati mereka seperti
" mak tidak adil, mak pilih kasih, mak tak sayang saya,
 saya harap mak bukan mak saya, saya benci mak "
NAUZUBILLAH

 " Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)."
surah al -Isra', ayat 23


walau hari ini kita seorng doktor yang mampu menyembuhkan penyakit
walau hari ini kita seorang peguam yang betah bicara
walau hari ini kita seorang pemimpin negara
walau hari ini kita seorang peniaga yang kaya raya
walau hari ini kita seorang pendebat yang berjaya
kita tetap lahir dari rahim ibunda
dan dibesarkan oleh air tangan seorang ayahanda


jangan pernah merasa diri ini lebih besar dari mereka
kerana tanpa mereka, tiadalah kita
nikmat adanya ayah dan ibu hanya terasa bila ayah dan ibu sudah tiada
bila ayah dan ibu sudah tiada,
 barulah kita terasa pentingnya hidup tanpa ayah dan ibu
sekarang ini kita tidak kisah tentang ibu bapa kita
kita tidak peduli sama ada ibu dan bapa kita sudah makan ke belum, sihat ke tidak, tidur lena ke tidak
kita tidak rasa nikmat yang terbesar yang dikurniakan oleh ALLAH
jangan pernah buat ibu kita mengalirkan air mata nya kerana kerenah kita

kita tidak akan rasa sehinggalah mereka sudah tiada lagi
saat itu menangis air mata darah sekalipun, kita tidak mampu memohon maaf kepada mereka
saat itu baru lah kita terasa akan pentingnya mereka dalam hidup kita
kita terlalu mementingkan diri sendiri sampai kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang anak


buat mereka yang masih punya ibu dan ayah,
jadikanlah mereka pintu untuk kita ke syurga
jadikanlah mereka sebab untuk ALLAH redha dengan kita
buat mereka yang tidak punya ibu dan ayah,
carilah amalan yang mampu memberikan mereka saham pahala
biar mereka bergembira punya anak seperti kita
jauhi maksiat dan tutuplah aurat,
kasihan mereka,
sakit di alam sana, sakit kerana dosa kita


MAMA,
TERIMA KASIH MAMA
KERANA
sudi membenarkan nurul menumpang dalam rahim mama
bertahan selama 9 bulan 10 hari
sanggup berkorban nyawa demi melahirkan nurul ke dunia ini
atas setiap titisan air susuan mama yang nurul minum
menyuap makanan untuk nurul
menjaga nurul tanpa jemu
mendengar setiap masalah nurul
terus menerus memaafkan nurul atas segala
perbuatan nurul yang menyakiti hati mama
sanggup menerima nurul
TERIMA KASIH MAMA kerana tidak
 berhenti menjadi MAMA buat nurul



AYAH,
TERIMA KASIH AYAH
KERANA
membesarkan nurul dengan air tangan ayah
mendidik nurul tanpa jemu
bertungkus lumus mencari nafkah untuk memberi sesuap makanan kepada nurul
melayan kerenah dan kehendak nurul
mendengar segala masalah nurul
tidak berhenti menjadi AYAH buat nurul



AYAH DAN MAMA,
TERIMA KASIH BUAT SEGALANYA
JASA DAN PERGORBANAN MU YANG TIDAK TERHINGGA
HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU MEMBALASNYA

MAMA dan AYAH,
nurul tidak tahu sama ada nurul mampu jaga mama dan ayah sepertimana kamu menjaga diri ini
nurul takut nurul tidak mampu jaga mama dengan ayah
nurul tahu nurul bukan seorang anak yang berjaya selalu
nurul tahu nurul bukan anak yang baik
nurul tahu nurul selalu membebankan ayah dan mama dengan karenah nurul
nurul tahu nurul tak selalu ucap "nurul sayang ayah dan mama"
tapi dalam hati ini nurul terlalu menyayangi ayah dan mama

AYAH DAN MAMA,
Maafkan nurul kerna tidak mampu berjaya sentiasa
Maafkan nurul kerna selalu buat mama dan ayah runsing
Maafkan nurul kerna selalu menyakiti hati mama dan ayah
TETAPI INSYAALLAH,
nurul akan berusaha menjadi anak yang soleh,
agar kita dapat masuk ke dalam syurga ALLAH, bergembira di alam sana.



source : all this may in AL-QURAN or  HADITH RASULULLAH S.A.W
but im not sure which verse for all that i'm wrote
INSPIRED when hear PU RAHMAT give tazkirah abt demi anak during mimbar pencetus ummah
all good thing comes from ALLAH, and all the bad thing comes from myself

STRIVE FOR JANNAH
MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS  

Comments

Popular posts from this blog

~ M.A.T.I. I.T.U. P.A.S.T.I ~

MY GOAL ~ JANNAH

~ SANG PENCINTA ~