~ M.A.T.I. I.T.U. P.A.S.T.I ~
dear BAKAL PENGHUNI KUBUR,
In the name of ALLAH, the Most Beneficent, the Most Merciful
MATI ITU PASTI
"setiap yang bernyawa pasti menemui mati Dan Kami timpakan fitnah bagimu berupa keburukan dan kebaikan. Kepada Kamilah kalian dikembalikan"
- SURAH AL ANBIYA : 35-
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, Setiap yang datang pasti akan pergi
Setiap yang terang pasti akan gelap, Setiap yang ketawa pasti akan menangis
MATI ITU PASTI
DIA
datang tanpa disangka
datang tanpa diduga
datang tanpa diminta
datang tanpa dijemput
datang tanpa ditunggu
kerana
DIA itulah KEMATIAN
"Dan ketentuan ALLAH adalah takdir yang pasti terjadi "
-SURAH AL-AHZAB:16-
MATI ITU PASTI
Sejauh manapun kita lari
Sejauh manapun kita sembunyi
Setinggi manapun kita berada
Seburuk manapun perangai kita
Semulia manapun akhlak kita
Sealim manapun iman kita
Sekaya manapun harta kita
Semiskin manapun kita
mati itu TETAP pasti
MATI ITU PASTI
MATI itu umpama guru
Mengajar kita erti hidup
Mengajar kita erti bahawa kematian itu akan datang pada bila bila masa sahaja tanpa disangka-sangka
Menyedarkan kita dari lena tidur yang panjang
Mengingatkan kita dunia bersifat sementara
Mengembalikan kita kepadaNYA
MATI itu mengingatkan kita tentang banyak perkara
LAST BUT NOT LEAST
PERSOALANNYA?
Adakah kita bersedia bertemu dengan PENCIPTA?
Adakah kita sekarang ini tidak sabar untuk bertemu dengan NYA ?
Apakah bekalan kita untuk bertemu denganNYA?
ADAKAH KITA MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBAWA KITA KEPADA KEBAHAGIAAN YANG ABADI DI SANA ?
TEPUK DADA, TANYA IMAN KITA
BERSEDIAKAH KITA??
YA ALLAH,
HambaMU ini sedang mula persediaan untuk bertemu MU
HambaMU ini sedang berusaha untuk bersedia tetapi
sehingga tiba masa itu HambaMU ini sendiri tidak pasti
bersediakah diri nya ini
YA,
HambaMu ini takut akan kematian kerana
IMAN didada belum cukup untuk buat KAU bangga
semoga KAU mengakhiri hidup hambaMU ini seindah pengakhiran
STRIVE FOR JANNAH
MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS
RAMAI YANG NAK MATI DALAM ISLAM TETAPI
TAK RAMAI YANG NAK HIDUP CARA ISLAM
ALWAYS TURN TO ALLAH :)
Comments
Post a Comment