~ S.E.M.A.K.I.N D.E.K.A.T ~
Dear SUBSTANTIA NIGRA,
In the name of ALLAH, the Most Beneficent, the Most Merciful
SEMAKIN DEKAT
menghitung hari untuk menempuh UJIAN
ujian dunia
yang selalu buat aku resah
yang selalu buat aku gementar
yang selalu buat aku hilang arah
SEMAKIN DEKAT
aku rasa seperti tidak cukup masa
aku rasa seperti dikejar oleh masa
aku rasa seperti tiada jalan lain
kadangkala bermain di benak fikiran :
"betul ke dengan apa yang aku buat ini"
kadangkala terfikir
bersediakah aku memikul tanggungjawab itu
SEMAKIN DEKAT
rasa seperti menemui jalan buntu
dan aku mati kutu
seperti tidak tahu hala tuju
seperti tidak tahu langkah yg ku mahu
"JUST BECAUSE YOU'VE COME TO A DEAD END, IT'S NOT TIME TO GIVE UP. FIND A DIFFERENT ROUTE AND KEEP PRESSING FORWARD "
SEMAKIN DEKAT
otakku semakin serabut
hatiku semakin kalut
merasakan diri ini tidak punya ilmu yang cukup
seperti mahu menyerah sebelum aku bertempur
SEMAKIN DEKAT
tapi kita lupa yang kita semakin jauh
kita jauh
dari PENCIPTA YANG AGUNG
dari KEKASIH ALLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W
dari KELUARGA
dari SAHABAT SUKA DAN DUKA
NAMUN,
JANGAN BIMBANG
teruskanlah melangkah
walaupun badai melanda
jangan terus berduka
dan jangan terus putus asa
tika saat merasa tiada jalan keluar
ingatlah kita masih ada DIA
DIA yang berkuasa untuk
menentukan segala segalanya
JANGAN BIMBANG
teruskan hidup dan jangan mengalah
teruskan hidup dengan percaya padaNYA
teruskan hidup berdoa kepadaNYA
LAST BUT NOT LEAST,
JANGAN BIMBANG
USAHA + DOA + TAWAKAL
= RESEPI KEJAYAAN
selagi mana kita berusaha dari hari ke hari
selagi mana kita berdoa tanpa rasa jemu dihati
selagi mana kita bertawakal kepadaNYA
Nescaya,
KEJAYAAN itu pasti milik kita dengan IZINNYA
all good thing comes from ALLAH, and all the bad thing comes from myself
MAY ALLAH PASS ALL OF US, INSYAALLAH
MBBS 2011/2016
STRIVE FOR JANNAH
MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS
Comments
Post a Comment